Makanan asli masyarakat melanau bintulu sarawak

  • Seperti suku kaum lain, etnik  Melanau Bintulu atau dikenali sebagai baie vaie Sarawak amat kaya dengan resipi tradisonal yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.  Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihasilkan daripada ramuan asli tanpa mengunakan bahan pengawet. Dalam ruangan kali ini ingin saya berkongsi beberapa jenis makanan asli Melanau Bintulu yang meliputi pelbagai ketegori makanan seperti lauk pauk, kuih muih, manisan dan makanan sampingan.

 

  • Contoh makanan asli Melanau Bintulu ialah Tio’ng. Tio’ng merupakan salah satu kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melanau Bintulu. Selain Bintulu, Tio’ng juga terkenal di rantau Betong dan di Pusak, Sarawak. Keaslian Tio’ng bergantung kepada jenis ramuan dan cara pembuatannya. Bahan-bahan untuk membuat Tio’ng seperti isi ikan atau udang segar, hampas tupik (sejenis makan yang diperbuat daripada sagu), air garam, lada kisar, dan linut mentah (diperbuat dari pohon sagu). Cara-cara membuatnya adalah dengan menggaulkan kesemua ramuan tersebut hingga rata dan memaukkannya kedalam daun nipah muda  yang diikat secara memanjang atau membulat. Akhir sekali, kuih tersebut akan dipangang di atas bara . Tio’ng amat sesuai dimakan ketika masih panas kerana kuih ini akan menjadi keras jika ianya dibiar sejuk.
  • Makanan seterusnya adalah kuih Te’bes. Penggunaan daun nipah muda untuk membalut kuih Tebes membuatkan ianya kelihatan sama seperti Tio’ng. Linut mentah dan kelapa parut merupakan bahan-bahan utama untuk membuat te’bes. Linut mentah dibasahkan dan diayak sehingga menjadi butiran-butiran halus. Campuran air yang terlalu banayak mennyebabkan adunan kuih ini kurang sempurna. Cara-cara membuatnya adalah dengan menaburkan serbuk linut dan kelapa secara rata di dalam kuali dan ditutup menggunakan daun nipah muda. Petua orang lama adalah dengan meletakkan adunan yang ditutupi daun nipah muda tadi dengan kuali lain di atasnya supaya adunan tadi menjadi seperti lempeng dan teradun rata. Setelah siap dimasak, Te’bes biasanya disaji bersama gula apong atau kuah satey sebagai penambah perisa.
  • Tupik Vaie atau tupik adalah sejenis makanan sampingan masyarakat melanau di Bintulu. Ianya kelihatan seperti sagu tetapi bersaiz lebih kecil. Tupik boleh dimakan seperti biasa ataupun  dimakan bersama numai(ikan mentah), pisang dan masakan kari. Rasa tupik adalah lemak dan sedikit masin. Ianya keras tetapi rangup. Contoh makanan seterusanya adalah sagu atau nama komersialnya di Bintilu, nu’oi.  Nu’oi adalah makanan sampingan masyarakat melanau Bintulu yang di perbuat daripada pohon sagu dan kelapa parut. Sagu bersaiz lebih besar daripada tupik dan strukturnya lebih lembut dan mudah rapuh. Rasa sagu adalah lebih lemak dan kurang masin daripada tupik. Seperti tupik, sagu juga boleh dimakan seperti biasa. Kebiasaannya, makanan ini dimakan bersama pisang dan ikan.

  • Belacan Bintulu sememangnya tidak asing lagi di rantau Malaysia, terutamanya di sekitar Sarawak. Rasanya yang asli dan cara pembuatan tradisionalnya  membuatkan rasa belacan Bintulu digemari ramai. Belacan bintulu tidak berbau dan sangat sedap jika ditambah dalam masakan.  Bahan utama untuk membuat belacan bintulu adalah ‘bubok’ (udang halus). Cara-cara untuk membuat belacan ini adalah bubuk dicuci dan dijemur secara berulang kali. Bahan-bahannya adalah satu gantang (lebih kurang 2.8 Kg) bubok dicampurkan bersama dua sudu gula, secukup rasa garam dan segengam tupik. Ramuan ini dutumbuk sehingga lumat dan dijemur. proses ini diulang sehingga belacan tersebut tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering. Keaslian belacan Bintulu adalah dibuat secara ditumbuk sehingga lumat. Terdapat juga cara mudah untuk membuat belacan dengan mengisar ramuan dengan mesen khas, akan tetapi cara ini tidak berapa mendapat sambutan kerana struktur dan rasa belacan agak berbeza dengan belacan yang ditumbuk. Belacan bintulu biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sajian seperti sayuran, belacan goring, nasi goring belacan, dan  sambal ulaman.
  • Umai atau dikenali sebagai kerabu ikan adalah salah satu makanan yang terkenal di Bintulu. Ianya kelihatan seperti sushi(sejenis makanan Jepun) kerana bahan asas untuk membuatnya adalah menggunakan potongan halus ikan mentah. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat umai adalah ikan merah dan ikan tenggiri. Cara-cara untuk membuat umai adalah mengaul rata ikan mentah, bawang besar,bawang merah, sedikit halia, jus limau, hirisan lada dan sedikit garam. Umai biasanya dimakan secara beramai-ramai dan dihidangkan didalam mangkuk besar. Ianya boleh dimakan terus ataupun dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.
  • Cencaluk adalah sejenis lauk sampingan yang menaikan selera untuk makan. Ianya biasa dimakan bersama timun dan ulaman. Cencaluk adalah sejenis makanan yang diperam. Bahan-bahan untuk membuat cencaluk ialah udang kecil, gula, garam dan serbuk beras. Cara penyediaan cencaluk adalah dengan mencampurkannya bersama hirisan cili dan sedikit jus limau. Cencaluk biasanya di perap di dalam botol dan boleh bertahan lama jika ianya di simpan di tempat yang dingin seperti peti sejuk
  • Linut adalah sejenismakanan asli bagi masyarakat melanau di Sarawak. Ianya diperbuat daripada sagu mentah yang berasal dari pohon sagu. Cara pembuatan linut tidak terlalu susah tetapi memerlukan teknik yang berul agar  adunan linut tidak keras. Bahan-bahan untuk membuat linut ialah sagu mentah dan air panas. Cara-cara membuatnya adalah dengan menjiruskan air panas  secara perlahan-lahan ke dalam besen yang di isi sagu mentah. Jirusan air dan gaulan yang pantas perlu dilakukan dengan serentak agar adunan tersebut labih sempurna. Linut biasanya dimakan bersama sambal yang diperbuat daripada belacan. Sayur-sayuran seperti terung iban, daun pakis, dan sayur labu adalah makanan sampingan yang biasanya dihidang bagi melengkapi hidangan linut. Selain daripada itu ikan goring dan ikan rebus bintulu juga turut disajikan.
  • Di mana saja kita boleh mendapatkan ikan masin dengan mudah. Ikan masin yang di komersialkan di bintulu adalah agak menarik kerana ianya  dihasilkan seperti keropok. Seprti ikan masin lain, ikan masin keropok ini juga dicuci dan ditambah garam sebelum ianya dijemur kering. Ikan masin ini berbeza dari yang lain kerana cara pembuatannya iaitu membelah ikan tersebut kepada dua bahagian dan membuang tulang tengahnya. Ikan masin keropok boleh dimakan terus atau pun dimakan bersama nasi.
  • Masyarakat Bintulu zaman nenek moyang mereka suka menghasilkan manisan  daripada pelbagai jenis buah. Salah satu manisan yang masih dikekalkan hingga sekarang adalah manisan bidara asli. Cara pembuatannya adalah dengan merendamkan buah terebut dengan air panas seterusnya dijemur sehingga kering. Buah bidara tersebut kemudiannya direndam dalam air gula dan dijemur sekali lagi untuk dikerinkan.Air rebusan bidara juga mempunyai manfaat iaitu sebagai ubat tradisional bagi melegakan panas badan.



  • Makanan asli Melanau Bintulu melambangkan keunikan etnik ini. Kepelbagaian jenis makanan tradisionalya menunjukkan budaya mereka yang unik dan pelbagai yang masih mengamalkan cara hidup dan tradisi makanan yang asli dan tradisonal yang masih dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Melanau Bintulu hari ini.

~ by penawarsyifaa on February 26, 2011.

14 Responses to “Makanan asli masyarakat melanau bintulu sarawak”

  1. mok jd melanau bntlu jwak lah,,hehe

  2. […] to believe that its name is ‘Ti’ong’. You can read the post about Ti’ong here. The post is written in Malay. The ingredient and preparation is similar so this must be it. Raw […]

  3. bagilah nama……teruklah…………

  4. Bintulu kat mana boleh saya dapatkan semua tu

  5. kat mana nak cari restoran yang menyajikan linut di bintulu

  6. nape gambar untuk setiap satu makann ni x ade????
    susah nk cari

  7. baca jangan x bace..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: